5 May 2007.
Pukul 11 pagi. aku dah lepas pagar, last call babai ngan member (Harun, Baim, Jeme, Mumin, Jeme, Qayyum, Ahmad). time harun jerit "tuh kawan saya, nama dia annas, dia nak balik", aku cepat2 lari, wat dono. time nak check-in tuh, biasa arr, kastam US, memang cam siot arr, nak kener tanggal kasut, kluar laptop, tanggal jaket. haih. ni lawak, time aku bukak kasut, ahahaha. kluar lah haruman2 nyaman di hidung, aku wat dek jer. padan muka korang, terimalah bom gas beracun made from Canada. tp nasib aku baik lepas tuh, sbb aku dapat auntie sorang ni yang jaga tempat cop2 passport. dia baik gila, tanya soklan yang aku jawab pon tak rasa kekok (seblom2 ni nak jawab pon susah, nak kena serious jer, hampeh americans). bila dah lepas tuh, aku cek boarding pass aku, mana gate nak masuk ni? takda tulis pon. tp ada akak kat kounter td kata gate 5. aku pon tunggu arr, tp bukan gate 5, gate 2. mana satu ni? aku dah rasa pelik, tp lepas tuh diorang betulkan balik, gate 5. owh.
kat dalam plane (Northwest airlines), aku nyer seat nun jauh di belakang, dekat ngan enjin (dkt ngan toilet). apa leh wat. lepas tuh datang plak satu famili ni, mak sorang, anak 2 orang, nenek sorang. maka seat aku yang agak jauh sedikit dari enjin terpaksa tukar dekat ngan enjin (seat yang mmg last takleh nak sandar belakang lagi) sbb takkan nak bg nenek tuh dekat ngan enjin, pekak telinga dia nanti. bekorbanlah sikit untuk nenek tuh.
perjalanan aku ni banyak transit: Ottawa-Detroit-Newark-Stockholm-KL (final destination). Time dlm flight aku takleh nak tido, sbb dekat sngt ngan enjin, bising. apa bole buat.
Bila arrive kat Detroit, aku try cari gate seterusnya. check kat screen besar tuh dulu (byk gila connceting flight kat airpot tu, just like it was built for transition), so aku pon marching arr ke next gate. lama gila berjalan, mana teminal A concourse ni? Besar gila aiport Detroit. last2 nmpak gak, kener turun eskelator yang ada almost quarter of tangga batu caves (aku sendri tak pernah naik tangga tuh). because of the two terminal is separated by a very wide road for airplane, the tunnel underneath was so wide ang long. lepas tuh ada lampu2 menarik serta bunyi2 nature hutan. kreatif arr. aku jalan arr sepanjang tunnel tuh, sorang2. dah abis tuh, aku naik lagi skali eskelator tinggi, dan fuhlamak. aku terpegun. disebabkan terminal tuh panjang gila, ada sebuah tren cam LRT kat dalam terminal tuh yang digunakan untuk menghubung hujung terminal ngan hujung satu lagi. aku tak naik arr, aku jalan, tuh pon panjang gak. airport ni mmg international, sbb bahasa utama dia adalah english, japan, chinese, ermm apa lagi aku tak ingat. announcement dia kira lama arr, sbb bnyk sgt bahse nak sebut. aku sampai kat gate A20, duk situ 2 jam 1/2. main laptop, dan gerak.
kali ni seat aku bukan kat hujung lagi, tp tengah2. aku tak dapat duk tepi tingkap, sbb ada awek amik seat tuh. kata orang duk tengah2 best sbb dapat tgk Cabin Attendant (CA) yang cun2. sapa kata??? ni apa? gemok2 kulit hitam dia bagi haa. cun2 ko kata?? tuh semua hanya didapati di MAS sahaja (serta JAL). huh. 1/2 hour flight, takleh nak tido lagi. adeyh. time nak landing, minah kat sebelah aku ni duk jengok luar jer, apa agaknya yang best. WOWH. The big apple (aka New York). aku nampak kelibat Empire State Building, ngan 2-3 bangunan yang selalu aku nampak kat TV. sayang siot, kalo aku transit satu hari, sure aku turun situ. dan awek tuh taknak turun kan kepala langsung sampai abis landing. bodo.
Kat Newark airport, aku lapar gila. nwa tak bg makanan langsung, air jer. ngok betol. aku cari McD, makan kat situ. aku ada 3 jam transit, leh buang masa sikit makan. ramai gila orang kat situ, macam2 jenis ada. ada famili hindu ni, bancuh susu anak dia pakai pinggan mangkuk besi (mana dia bawak ntah). aku ada gak nampak muka2 orang melayu kat situ. aku cek2 balik boarding pass aku, takda gate berlepas. habis makan, aku gerak ke screen besar. ada flight MAS time 1000 malam, gate 53. aku pon dah nak ready dah (lepas nampak CA MAS ramai2 nak masuk pintu), aku kener tahan, sbb boarding pass yang aku ada tu tak valid, kener dapatkan yang baru, adeyh. kalo aku tau camni, baik takyah gi makan tadi (perut mmg dah kenyang nak tekeluar dah ni). aku pon pergi lah mencari kaunter MAS, mana ni? lepas tuh tgk balik kaunter2 ni yang mmg bnyk gila orang, panjang line. owh, tulah kaunter MAS. nak kener beratur lagi, flight ada dlm satu jam lagi. aku doa kpd Allah, mudahkanlah urusan aku sepanjang perjalanan ni. tak lama lepas tuh, aku dapat boarding pass baru (yang ada cop Malaysia Airlines). aku pon pergi balik gate tadi. lalu kastam lagi skali, bukak kasut (ehehehe) dan etc. bila dah lepas tuh, tgk balik ada setengah jam lagi nak boarding. yeah. Alhamdulillah, sampai jugak aku kat tahap tu. skang aku kener alami flight yang paling memenatkan: 21 jam. kat gate tuh aku ada nampak ramai gak orang2 msia (serta awek2 student yang aku rasa dari US nak balik summer). ramai kat situ gak adalah orang sweden yang berenti kat Stockholm, diorang terus balik. so plane pon jadi separuh kosong.
time 930 malam aku boarding, and off to Arlanda airport (ARL), Stockholm. time plane tgh naik tinggi, aku sempat nampak NY ngan lampu2nya (aku duk tepi tingkap). then the image fade away as the plane masuk altitude lagi tinggi. kat dalam flight tuh, akak CA (agak cun) tanya nak makan apa. aku time tuh mmg full lagi ngan burger fillet 2 ketul, large fries, large coke. aku cakap taknak makan, diorang sumer cam terkejut, tanya aku ok ker, ada rasa apa2 ker. aku kata im fine, just full of McD. so aku pon duk lah dlm plne tuh dlm 7 jam to ARL. smayang, tido, tgk tv, men game tetris, music, last2 sampai gak.
time kat Stockholm, diorang benarkan kita tinggalkan beg kita dlm plane. senang arr camtuh. time kat ARL, tgh tunggu kat situ, aku tgk cuaca kat luar cam tengahari. aku fikir balik, cam dah satu hari aku travel, sbb ingat balik kat ottawa pon aku take off time2 camtuh. aduhai, this is it, the moment where one day in my life gone just like that (kembalikan satu hari itu!!!!). dah abis lepak situ setengah jam, aku gerak lagi. flight yang sama, tp crew dia dah tukar. kat dalam tuh aku nampak muka2 CA lelaki yang mcm ada iras2 orang yang aku kenal. sorang nih cam muka cikgu math aku time MRSM, sorang muka cam Sharil Ridzuan Condo (wassup bebe!!!). lawak2. makan, tido, semayang, tido lagi, makan sarapan, alhamdulillah, sampai jugak aku kat msia. dah tak sabar nak landing dah ni.
7 May 2007.
pukul 630 pagi, seblom kluar plane, pilot ada kata temperature is 24 degree. eih, cam tak familiar jer angka tuh. senior2 yang balik dulu ada kata kener ready and kener tahan. bila kluar jer plane, aku dah rasa dah apa yang diorang kata. ahahaha. aku dah tak tahan dah time tuh. pakai jaket plak tuh. ish. lepas tuh plak kat KLIA kener naik tren untuk ke main building, dlm tuh jer dah peluh2 dah. "wowh" aku kata. time tuh tgh cakap tepon ngan mak aku. benda dah rimas. ahahaha. bila dah sampai main building, nak kener amik luggage. because of my luggage is from Ottawa, so it was among the last. aku gi berak dah abis pon tak sampai2 lagi beg. aduhai. lepas tuh gi beli tiket ERL. tme tuh aku bukak jaket. letak tepi. dah tak tahan. "apa ni, eksyen gila body aku", aku cakap kat diri sendri. time kat dlm ERl, aku nampak lagi sekali pokok2 kelapa sawit, pokok2 yang dah lama aku tak nampak, dan kereta Kancil. fuhh, sampai juga aku. Syukur gila2 pada Allah time tuh. bila sampai kat Sentral, mak ayah aku sangkut dlm jam. so kener tunggu kat situ lagi, cuaca kat situ panas gak, matahari baru nak naik, dan angin yang meniup2 plak suam. kalo kat Canada, walaupon matahari dia panas terik, angin dia leh tahan sejuk (sbb dia takda awan), ni angin dia pon sama jer panas ngan matahari. dah takda dah arun cam cuaca malaysia ko (bila matahri kluar sikit start arr dia "macam cuaca malaysia", tepi bukit, atas bukit, lepas hujan, semua ada. takda weih, mmg different, ko balik nnt ko tau. tak lama lepas tuh, aku nampak kereta wira yang biasa aku nampak. ehehe, "welcome home" aku kata kat diri sendiri.