Sep 14

setelah 2 minggu aku bertapak di bumi Canada, aku bercadang menubuh blog (setelah di dapati ramai plak dak2 wat blog, aku pon nak sebok gak). Inilah blog pertama ku….

Frosh week, kira week untuk junior2 baru masuk. Penat, or tired (omputih kata). Dalam frosh (nick untuk para junior2), ada kategori masing2. Ex: pick-up, "spermy", domestic dispute, etc. Nampak macam fun, tp tak lebih bentuk ragging (maybe omputih2  ni tak kisah kot.). Banyak gila jerit2, sampai ilang sore (ngaahahahaha). By the way, it was fun (walaupon aku ada cam culture shock sket). But, things became wild. time malam jer, diorang party, mabuk. Tu jer arr kejer omputih ni. Aku sendiri dah termasuk party nie, tp nasib baik ada jalan kuar kat belakang…..(betul, tak tipu)

Malas nak citer panjang2, di singkatkan citer, malam dah nak abes frosh week, kawanku (mungkin ramai kenal) balik masuk bilik,

"aku nak balik m’sia arr". Palahal dia ni, bukan semangat ker??

"td aku nampak, selamba jer lelaki tuh tarik baju pompuan. pompuan tuh suker plak tuh…". Cam haram. Malam tuh dia culture shock. kesian…(malam tuh gak aku igt asam pedas masakan mak….)

For the final day, sepatutnya aku join singing session. tp tak jadi turun sebab ura2 ada strip dance. Apalah omputih nie.Budaya diorang memang beza, kalo bole nak enjoy jer, mabuk, sex. takda lain. (topik sex pon bukan sekadar dalam jer, luar pon bole discuss). itulah experience orang kata. Negeri orang, lain orang lain ragam (tp ni mmg lain).

Lagi satu nak citer, orang islam kat sini macam tak ketat dlm pilihan makanan. Diorang mmg ngaku diorang islam (tak minum dan tak makan babi), tp ayam goreng tu, fuhh sedap dia sebat. Tak kesah.. Katanya, ahli kitab potong, bole telan (we have to). memang arr, aku pon dah kurus dah ni….tp aku makan gak, burger. Member aki ni ketat skit, so aku pon makan tp takda rasa apa2, sebab mindset mmg untuk aku terpaksa (kat sini sejuk, aku nak kan energy..). Sapa kata ALberta sama sejuk?? Blah!!!

Sekian,  aku undur diri. Esok aku add lagi blog, (class week). Wassalam.

Lagu tema blog: Gnarls Barkley - Crazy.

1 comment so far

  1. 1 Zulfiqar
    6:21 pm - 9-15-2006

    Assaalamualaikum wahai teman. Best r blog ko ni. semangat aku bace. mmg kt sini culture shock, just kt tpt aku kurang sejuk. whateverpun, all the best. moga2 bebudak icpu sume dapat bukak webcam serentak dan berbuka pose sesame. sekian. skali lg diucapkan tahniah kt ko kerana dapat melakarkan blog yg informatif dan penuh rasa, dan bukan sekadar luahan perasaan dendam, kebosanan, atau kesedihan semata- mata. Assalamualaikum.

Leave a Reply


XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Your Details

Your Comment