Sep 22

Assalamualaikum. This blog is not really about Ramadhan and "penghayatannya" (aku taktau dlm english dipanggil apa), but, just for fun. I don’t know why, but I’m kinda feel like akward writing blog using english (maybe because it doesn’t goes for marking or exam). Lagipon (dah start dah bahasa melayu, aku takleh lari dari kewujudan aku dalam masyarakat melayu…), aku tulis blog ini untuk bacaan seronok sahaja.

Semalam, Khamis, aku ada field trip untuk course geology. Field trip tuh ada dalam satu jam perjalanan dari Acadia, but first berhenti dekat look off kat atas bukit kat Wolfville. Aku dah bercadang nak bawa jaket, tp tgk ari panas jer, tak jadi bawa. Bila sampai jer kat situ, aduh, sejuk gila, angin kuat. View kat situ sangatlah cantik, tapi tak bawa camera, kalau tak dah bertambah koleksi gambar. Dari situ perjalanan diteruskan ke Ross Creek, tempat di mana kita dapat lihat gambaran jarak dekat bagaimana Basalt rock terbentuk (lava yg dah cool). Tampat tu dekat tempat di panggil Bay of Fundy, dekat tepi laut. Angin kat situ lagi kuat, aduiss, lagi sejuk jadinya. Tapi sebab nak tunjuk hero, control arr beb(tangan dah kebas dah time tuh). Kat situ Dr. Barr tunjuk lagi bagaimana limestone terbentuk, usia batu tuh, lipatan dia dan bagaimana rupa batu yg up lain dari low. Macam2 lagilah, best jugak geologi nih (tp bahaya gak kalo jatuh terhempap batu ker…). Time tuh tangan dah kebas, tak rasa apa2. Badan dah nak melayang, nasib baik tak demam. Syukur.

Balik dari trip tuh, ada meeting kelab game. Kat meeting tuh ada tengok movie, tp tak habis sebab aku balik solat (jangan tinggal solat di tempat macam nih). Bila balik tuh dapat email yang kata ada power down time malam. Adus, apa lagi cepat2 wat kerja hwork tertangguh, takut nanti tak sempat. Malangnya, malam tuh datang plak 2 ekor mamat Nigeria nih. Katanya nak discuss, tapi dia tak wat kerja apa langsung. Damn man!!! Lepas tuh blackout, ni lah experience yang takkan ada pada budak2 yang belajar kat bandar besar (siapa makan cili terasa pahitnya). Aku rasa ni berbaloi walaupon tensen sedikit. Lagi satu, bila blackout kat sini tak panas cam kat M’sia, sebab angin fall dia dah sampai (dia dah mai dah…). Gila sejuk. Lampu ada balik dalam kul 0000 (24 hours system), tapi dua ekor mamat nih tak gak abes lagi wat assignment, mata aku dah ngantuk. Lepas tuhdiorang cakap english tapi tak jelas (biasa arr, kalau kita cakap pon orang lain pon tak paham). yang best nya plak, diorang marah kita cakap Melayu depan dia. &%$#@!!! Dalam kul 1 baru diorang blah. Haii…nasib badan. (ada stokin sorang mamat nih punyalah tungkik melekat bau dia).

Pagi tadi aku ada class cam biasa beserta dengan kebiasaan aku….ngantuk. Camaner arr nak ubat penyakit nie. Tolong!! Tadi aku baru dapat berita, kita kena puasa ikut apa Mekah buat, dan Mekah start puasa esok, Sabtu. Aahahah, esok jangan pandai2 pergi meal hall, time buka boleh. Nak kener niat ni (ada kawan aku sorang nih kata puasa ari isnin, lagi merepek, aku rindu orang yang isytihar puasa kat TV tetiap tahun tu..).

Wahai sahabat-sahabat ku sekalian, di sini ku meminta ampun jikalau ada melakukan salah silap teradap kalian. Janganlah kamu semua meninggalkan puasa walaupun berada di negara orang ini. Jangan lupa membaca Al-Quran dan jangan sesekali meninggalkan sembahyang. Kami di Acadia ini mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan yang penuh mulia ini. Gunakanlah sebaik yang mungkin dan terakir sekali, janganlah lupakan aku dalam doamu. Kepada yang tercinta (kalau ada yang perasan tuh minta maaf yer), jangan putus contact dan jangan juga melupakan diriku ini di mana jua dikau berada (ayat aku ni bole buat puisi). Aku sentiada mendoakan kamu semua (juga dirimu) berjaya dunia dan akhirat. Insyallah kita berjumpa lagi.

Assalamualaikum….

(Kajian Kentut bahagian 2 terpaksa ditangguhkan untuk memberi laluan kepada bulan Ramadhan ini)

Leave a Reply


XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Your Details

Your Comment