Assignment #1 due friday, g(x) is odd,within 24 hours,|> plot (expr,x);
"mystery of the F word", "calm like a bomb", "idlewild", "st elsewhere"….
stoichiometry, "the death of the gummy bears", moles…..
ecology, biome, Darwin, Natural Selection, biomes, Lab Manual…
ENG 1306 CO, Dickens…..
minerals, biotite, pyroxene, olivine, NaCl….
kepada yang berkenaan:
PERHATIAN: Ini kisah benar, bukan fiksyen. Nama dan watak telah ditukar atas sebab-sebab tertentu yang boleh mencederakan pihak ketiga.(???)
Seorang manusia telah menegur seorang "manusia" lain di YM. "Manusia" ini tiada di tempat berkenaan telah di ganti oleh si "pengingin tatoo etc". Manusia ini (kemudian di sebut sebagai A) tidak tahu yang si "pengingin tatoo etc" ini mengganti tempat "manusia" tersebut. A telah mengetahui tentang keinginan "pengingin tatoo etc" (yang disangka sebagai "manusia") membuat tatoo pada hari ketiga dalam satu minggu (yakni disebut sebagai selasa). A talah berasa bahawa "pengingin tatoo etc" ini melanggar akidah. A berharap dapat bercakap lagi pada hari berikutnya (hari ketiga dalam satu minggu). Pada hari itu, A telah menegur "manusia" ini. Atas sepakat bersama antara "manusia" dan "pengingin tatoo etc" (memikirkan bahawa ia adalah lawak), A telah dimaklumkan oleh "pengingin tatoo etc" bahawa "pengingin tatoo etc" telah berjaya melanggar akhlak manusia terpuji, walaupon begitu dia masih mengekalkan sembahyang kepadaNya. A telah tejeremus ke dalam lembah kerisauan dan ingin memaklumkan berita ini kepada si "pakar" (kemudian disebut sebagai IBroohim). Pada waktu itu A telah menyedari bahawa "pengingin tatoo etc" telah muncul di YM. A tidak sedar bahawa "manusia" itu adalah "pengingin tatoo etc" dan si "pengingin tatoo etc" adalah "pengingin tatoo etc". Situasi bertambah kelakar di dalam bilik "manusia" dan "pengingin tatoo etc" itu. A mengundurkan diri setelah diberitahu oleh "pengingin tatoo etc" ingin tidur. A sedar bahawa cara perbualan "pengingin tatoo etc" berlainan, tetapi tidak sedar dia telah dikenakan oleh orang-orang itu. Pada waktu ini, diimbas kembali, A telah dikenakan oleh orang yang sama perihal "sepupu bernama N", tetapi A tidak sedar……
Hari rabu, teruskan main lagu "Morris Brown" itu……
Si pembeli ini tiada kasut dan telah tertarik pada kasut NIKE ini yang berharga 79 CND. Si pembeli kemudian tergamam ketika membayar kasut itu pada harga 102 CND (tax mahal 13%). Kerana inginkan kepuasan memakai kasut tersebut, si pembeli terus membeli dan masih memakainya hingga ke hari ini.
Berikut adalah laporan sains dari pelajar tajaan di Acadia:
Kajian Kentut Bahagian 1.
Assalamualaikum. Idea ini datangnya setelah Dr. A dan Prof. H kentut tidak henti-henti selama 5 hari 5 malam. Hasil kentut itu didapati amatlah mengerikan, dimana baunya adalah maut dan bole menyebabkan orang yang gila terus pulih menjadi waras. Dalam bahagian pertama ini, definisi kentut itu dan sejarahnya akan dibentangkan secara mendalam kepada para pembaca.
Kentut tidak terdapat dalam kamus dewan, tetapi kamus bukan dewan mengatakan kentut adalah "angin yang keluar dari lubang dubur". Kentut kadang kala membunuh dan adanya itu tidak membunuh, tetapi itu tidak bererti kentut itu boleh menggembirakan orang, adapun orang mungkin tergelak mendengarkan irama kentut itu. Menurut Merriam-webster online, Fart (dalam bahasa inggeris) adalah "expulsion of intestinal gas" (cited work). Persoalannya, mengapa kentut yang silent itu deadly?
Sejarah ada mencatatkan kentut ditemui oleh Sir Kent Oot de Stink (B.C. 200). Pada asalnya, kentut telah pun terjadi sejak azali lagi, tetapi Sir Kent telah mendapati kentut ini adalah perkara baru baginya. Beliau tidak sengaja mencederakan, atau lebih tepat lagi membunuh anjingnya kerana tersilap bau kentut sendiri, anjing menerima padah. Sir Kent telah menjalankan kajian ke atas dirinya dan jiran sekililing dengan membau kentut mengikut jenis makanan. Tidak cukup dengan itu, beliau sendiri telah mengembara ke timur untuk mengumpul kentut-kentut yang berlainan komposisi dan bau. Pada tahun B.C. 179, beliau dianugerahi gelaran Sir atas jasa beliau menjelaskan kejadian kentut. Sir Kent meninggal pada keesokan harinya atas sebab yang tidak diletahui. Ramai mengatakan dia mati lemas di dalam bilik air kerana kentut sendiri, dan ada pula mengatakan dia malu sebab kentut dia terlampau deadly.
(Laporan seterusnya akan disiarkan minggu hadapan)
Leave a Reply
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>