October, 2006Archive

Oct 30

Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sesiapa sahaja yang berada di luar sana (terutama kepada yang baca blog ni, kalo tak baca tak tahu kan???). Raya tahun ni agak sunyi sikit, takda open house, ada gak hari khamis lepas, tp sikit jer orang (yg penting kenyang). Raya tahun ni takda takbir, takda makan ketupat, takda makan rendang, takda takda dan sebagainya. Tahun ni aku tak pakai lagi baju melayu penuh, ingat malam ni aku nak pakai la. First day raya tu rasa macam nak pakai, tpi cuaca yang sesangat sejuk menghalang aku memakai baju melayu yang nipis itu. Orang Arab ni berani mencuba, aku suka. Kenapa aku kata ada parade kat tengah2 wolfville? Orang2 Canada ni tenging (aka jakon). Bila pak2 Arab ni jalan2 pakai jubah ngan serban kat kepala, diorang macam pelik jer tengok, ada tu pon jeling jer, tak berani nak toleh tengok. Aku follow diorang kat belakang nak tergelak jer tengok gelagat mereka ni semua. Cuba kalo aku jerit "BOM " hari tu, sure lari bersepah, takpon ada yang terus melutut berdoa minta ampun pak!!!

Skang ni aku takda nak buat apa2 sangat, second mid term dah dekat, baik aku belajar baik2 cepat, nak stabilkan balik markah yang dah down dulu. Insyallah, dengan berkat doa korang sumer, kita boleh berjaya. Tapi, aku tetap akan bermain game Starcraft malam jumaat. Aku klasifikasikan hari jumaat sebagai "unproductive day". Dulu ada gak main game starcraft, tp asik main cheat jer. Skang ni lepas dak2 Korean introduce balik kat aku, aku dah bertambah baik sikit main.

Kat sini dah masuk winter, malam sangat lah panjang, rasa macam nak mati jer…

Oct 11

Lagu ni aku dapat time teroka iTunes member aku. Music dia smart, walaupun direka tahun 60an oleh The Beatles. Baru aku tahu gak, yang Beatles ni pelopor awal Sampling music, memang smart. Ada lagi musics lain cam Savoy Truffle, Eleanor Rigby, While my Guitar Gently Weeps, and most of them come from White Album. Anda semua patut try sekali sekala teroka lagu-lagu yang dah old school tp masih berkualiti.

Puasa kat sini boleh tahan, sejuk, makan sama jer, pasta, tofu, takda lain. Mana Mee Bandong? Nasi ayam. Aduhai, kena la sabar. Orang islam kat sini ok, orang Arab, rasa cam family jer. Takda perbezaan, itulah bestnya islam ni. Baru skang merasa hidup jauh dari komuniti yg memangnya wujud sebagai islam. Baru terasa ukhuwwah dia!! Bukan kuah, ukhuwwah. Tapi orang-orang asing ni ada yang kenal islam betul, maybe from media, ada tuh tak kenal langsung, fasting tu pon tak tahu apa, puasa lah mangkuk. Kalo kami pakai kopiah (aka ketayap), diorang ni jadi cam takut, cakap pon 2-3 patah jer. Lawak ar situasi ni, kesian mereka ni, takut ngan kita. Tu lah hebatnya islam ni, dibantu ngan media yg menjadikan kita pengganas antarabangsa, macam kita ni superior dari dia.

Corruption yang ada pada orang islam bukan nusantara ni, aku bukan nak cakap korup la, tp diorang ni cam ambil ringan jer pasal hukum2 islam. Macam sakit sikit jer, bukan takleh jalan pon, terus tak puasa. Lepas tu muka tak malu lak tu makan depan kitorang ni. Pukul kang, nangis. Tak pukul, eksyen. Hampeh. Lagi satu, aku baru jer minggu ni pergi makan rumah mak angkat dua orang islam ni. Makanan kat situ memanglah halal, diorang sapt kat sebuah ladang kepunyaan orang islam. Tapi, in the house, adanya sekor anjing ni, namanya BO, besar, berkeliaran dalam rumah. Takkan lah aku nak lari jer kalo nampak anjing, so kener arr pretend biasa jer. Tp diorang nih, yang islam nih, selamba jer pegang anjing tu. Aku pernah juga dengar kalau tangan kita kering dan anjing tu kering, kita bole pegang, tp mana kita nak tahu 100% yang anjing tu kering. Dan tak bestnya, anjing tu suka jilat-jilat. Mana aku tak naik angin, ini dah tak baik. Yang bestnya, camner yang dua ekor mamat ni bole wat selamba jer??. Apa-apalah. Janji aku dapat makan malam tu.

Pernah kena panggil ngan awek kulit hitam? Lepas tuh awek tuh wat manja2 plak? lepas tuh dia cakap dengan penuh concern kat anda? OWWWHHH HELL!! Ini adalah perkara terseram aku pernah kena. Tapi aku kener belagak selamba yang aku ni cam dah ada, kalo tak…..tak tahu nak cakap apa. Member aku suruh aku cari sorang mana2 minah salaeh kat sini, especially yang sorang ni muka cam melayu. Memang cair arr tengok, tapi aku rasa malas arr. Markah exam baru2 ni dah la teruk, lagi2 chem, takleh nak main2 lagi. Aku ingat nak forfeit arr game assasin nie, banyak tugas menanti. Tapi aku takleh nak turn off komp cam ashrul wat, sebab suma benda dan hal2 negara ada kat dalam komp.

Tarawih kat sini ok, 8 rakaat. Ada leader dari arab bawak, tu pon bukan selalu. Member aku ni yang pandai ngaji (aku tak, malunya…) slalu arr kener tolak kalo Arab ni takda. Lepas tuh diorang cam ada komen skit arr, ntah pasal apa ntah, kebolehupayaan mengubah nada [dering] ketika baca, ada lain meaning. Tapi ramai orang2 bukan islam kat sini cam tertanya2, camner bole sampai islam kat kawasan nusantara (Malaysia, Indonesia) sedangkan jauh dari mid-east. Ada minah hindu ni, tanya why islam ni tak bertempat kat setempat jer, kenapa ada dari Turki, Somalia, Pakistan, Malaysia. Ada kawan arab aku ni, Kamal, explain arr kat dia, tp ada tambah ayat best tu while explainig, "Islam is the right religion", lepas tu kutuk plak agama hindu tu tp tak terang2 arr kat depan minah tu. Best2. Situasi camni bole influence orang. Dakwah katakan.

Oklah, dah panjang sangat ni. Nanti2 aku tulis lagi apa aku rasa nak tulis. Bye2, Wassalam.