Parade in the middle of Wolfville
Aku ingin mengucapkan Selamat Hari Raya kepada sesiapa sahaja yang berada di luar sana (terutama kepada yang baca blog ni, kalo tak baca tak tahu kan???). Raya tahun ni agak sunyi sikit, takda open house, ada gak hari khamis lepas, tp sikit jer orang (yg penting kenyang). Raya tahun ni takda takbir, takda makan ketupat, takda makan rendang, takda takda dan sebagainya. Tahun ni aku tak pakai lagi baju melayu penuh, ingat malam ni aku nak pakai la. First day raya tu rasa macam nak pakai, tpi cuaca yang sesangat sejuk menghalang aku memakai baju melayu yang nipis itu. Orang Arab ni berani mencuba, aku suka. Kenapa aku kata ada parade kat tengah2 wolfville? Orang2 Canada ni tenging (aka jakon). Bila pak2 Arab ni jalan2 pakai jubah ngan serban kat kepala, diorang macam pelik jer tengok, ada tu pon jeling jer, tak berani nak toleh tengok. Aku follow diorang kat belakang nak tergelak jer tengok gelagat mereka ni semua. Cuba kalo aku jerit "BOM " hari tu, sure lari bersepah, takpon ada yang terus melutut berdoa minta ampun pak!!!
Skang ni aku takda nak buat apa2 sangat, second mid term dah dekat, baik aku belajar baik2 cepat, nak stabilkan balik markah yang dah down dulu. Insyallah, dengan berkat doa korang sumer, kita boleh berjaya. Tapi, aku tetap akan bermain game Starcraft malam jumaat. Aku klasifikasikan hari jumaat sebagai "unproductive day". Dulu ada gak main game starcraft, tp asik main cheat jer. Skang ni lepas dak2 Korean introduce balik kat aku, aku dah bertambah baik sikit main.
Kat sini dah masuk winter, malam sangat lah panjang, rasa macam nak mati jer…
Leave a Reply
XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>