Runtuhnya Empayar Abang Besar.
RUNTUHNYA EMPAYAR ABANG BESAR BAHAGIAN 1
Saya sebagai orang ketiga dalam memainkan peranan Abang2 Besar ingin menceritakan kisah dongeng Abang2 Besar bagaimana mereka bertapak, berjaya dan runtuh. Inilah kisahnya…
Pertemuan Abang Besar adalah di tangan tuhan. Saya mengenali Abang2 Besar yg lain adalah ketika sesi menguji bakat kehandalan jaguh2 yg ingin dihantar ke luar alam meneruskan pencarian ilmu oleh sebuah syarikat yg ditaja oleh Kerajaan. Sesi itu dinamakan "Perkemahan-Ilmu". Kedua2 Abang Besar yg lain ini tidak mengenali satu sama lain ketika itu, jadi saya ini dikira sebagai watak penting untuk merakam segala epik mereka. Abang Besar pertama, Al nama diberi mula kenali kerana berada dalam satu bilik yg sama, tetapi dia ini sukar dilihat kerana ilmu "ghaib" yg dia ada amat hebat. Dia hanya menggunakan "asap" untuk bersatu dengan konco2 lain dan hilang. Sememangnya gempak ilmu dia ada. Abang Besar kedua, Him nama diberi mula kenali ketika sidang perbincangan ilmu pencemaran. Dialah yg menawarkan konklusi kepada perbincangan itu dan gayanya, cukup masyuuk. Selepas itu kami berpisah untuk hampir 3 bulan lamanya.
Setelah 3 bulan melapangkan dada di rumah, saya dipanggil oleh pihak berkenaan untuk menerima pelawaan melanjutkan pengajian di sebuah Sekolah bernama Madrasah Telor. Di sini bermulanya pertemuan Abang2 Besar, pertemuan bersejarah: di dalam sebuah dewan yg dihadiri lebih 20 orang. Ketika ini sinar abang besar tidak kelihatan tetapi dari jauh sudah terasa gelombang aura mereka. Kisah ini berlalu dalam masa yg agak panjang, kerana pada peringkat ini Abang Besar Al mula mencari pengaruh dan Abang Besar Him sedang giat berlatih dan saya meneruskan pertapaan.
Tidak pasti pada waktu bilakah Abang2 Besar mula mendapat kuasa sepenuhnya, tetapi semuanya berlaku dengan pantas. Ini kerana rumah2 Abang2 Besar adalah dalam linkungan segi tiga: Batu Caves, Batu 8 dan Lembah. Inilah satu kuasa yg sukar ditewaskan, sama seperti zaman dahulu kala, 3 kuasa: Johor, Melaka(Portugis) dan Acheh. Abang2 Besar mula meluaskan jajahan di tempat2 penting: Longkang, belakang wisma Mat Jan dan sebagainya. Tempat2 inilah Abang2 Besar menyebarkan ajaran kepada konco2 lain. Tidak lama selepas itu, kami kembali ke sesi pengajian di Madrasah Telor, dan ketika inilah, Abang2 Besar menerima anak murid, Protege. Protege mendapat ajaran eksklusif tidak terkira dari Abang Besar Al dan Him di tempat istimewa di bawah naungan saudara2 Mamak. Sepanjang pengajian ini, saya tidak dapat bersama dengan mereka kerana saya terpaksa pergi jauh menjalankan tanggungjawab yg berat. Walaubagaimanapun, Protege menjadi semakin hebat hari demi hari dan kira boleh sudah setaraf dengan saya.
Bagaimana boleh tejadinya Abang2 Besar? Adakah kerana bidang pengajian yang sama? atau prinsip yg sama? Abang Besar Him amat tekenal dengan sistem KGB. Dia akan mendapat pesanan ringkas pada malam jumaat ataupun kadang2 malam sabtu. Tetapi Abang Besar Him mendapat kuasa sepenuhnya pada malam bulan mengambang. Ketika inilah kita tidak akan dapat melihat dia, tetapi dapat merasa kehadiran dia. Abang Besar Al? setelah berhenti melakukan hikmat "asap", dia lebih tekun kepada ilmu "berkenalan" dengan dara2 jelita di sekitar "Port". Hikmat dia terus menjadi dan semakin kukuh. Pada ketika ini, semuanya berlaku dengan sekejap, tidak puas. Tetapi apakan daya, kami terpaksa meneruskan hidup ini ke tangga seterusnya, meninggalkan Protege, Port, Longkang dan Madarasah Telor….(Cont’)
9:24 pm - 11-29-2006
Abg Nas…cerita epik awak sungguh menarik ati Abg Al…Abg Al kagum dgn kemahiran menulis Abg Nas…Abg Al tak sabar nak tunggu sambungan nya…cerita epik ini lagi suspen dr “prison break” yg Abg Al sungguh minati…kalau ada masa nanti, Abg Al akan menulis kisah Abg Nas dan Abg Him (asal tak bg Abg Him nama Abg Bra jer Abg Nas…lagi sodap) dr perspektif Abg Al…Abg Al akan membawa satu subject di dlm persidangan Abg2 Besar iaitu utk mewujudkan satu cawangan di bawah Abg2 Besar. cawangan itu ialah Kkk2 Besar, cawangan utk bakal2 isteri Abg2 Besar…(hahahaha…nak mati saya gelak nie…aduih..sakit perut sy di buat nya)..lagi satu subject ialah quote utk mengukuhkan lagi ukhwah antara Abg2 Besar…quote nya ialah “You know the best part? It isn’t knowing that your friends have your back. It’s knowing that you have your friends’ back” dan “You don’t run, not when you’re with us… You stand your ground and fight!”…sekian…salam
9:41 pm - 11-29-2006
Good job abg nas..teknik naratif yg menarik.Lot of literature value in your writing.It’s a masterpiece.Abg Him amat berbangga dgn penghasilan karya agung ini.Nampak gayanya..di kalangan abg2 besar..abg Him saja yang masih belum menulis blog..InsyaAllah jika ada rezeki..saya akan merakamkan sejarah agung abg besar menurut perspektif saya sendiri.Abg besar pujaan sirap..’Semoga kita akan sentiasa bersama menaiki kereta api ke utara jika menyampaikan di waktu malam yang dingin’(Din Beramboi-1972)
10:13 pm - 11-29-2006
Hmmmmmm….. satu pendekatan yang baik kearah memahami literasi bahasa melayu… saya cukup tertarik. tidak mengapa protege akan menulis sebuah blog untuk menceritakan kisah dari pandangan mata protege pulak… salam… untuk pengetahuan anda, SAYA DAH HABIS ICPU!!! hahaha
7:41 pm - 12-6-2006
muAhahha…aku merUpakan jurukamera untuk epik ini…diundang khas sebagai pemerhati dan juga penonton sebagai tukang gelak..LAUGH SHOCK!!muahaha!banyakkan agi epik cenggini