Dec 05

RUNTUHNYA EMPAYAR ABANG BESAR BHG 2

Ini adalah sedikit kisah untuk dikongsi bersama (sharing is caring). Cerita ini bukan khayalan tetapi kenyataan, dan lebih tepat lagi kepada orang yang mengetahui kewujudannya sahaja yang mengerti.

Seingat pemikiran saya, Abang Besar Him mempunyai hobi yang amat kreatif. Dia suka menerbitkan kumpulan kugiran tidak kira dimana jua dia berada. Antaranya seperti, The Tiangz, The Sawans, Kain Pelikat dan banyak lagi sehingga saya tak dapat hafal kesemuanya. Setiap band ini mempunyai identiti tersendiri dan boleh dikatakan dianggotai orang yang sama. Tetapi, dia ini boleh dikatakan anak seni kerana setiap langkah yang diaturnya adalah berseni. Dia boleh menjadi Tuk Dukun, Hantu 13A03, Elektra, Hidayat Hamidon, Shalin Zulkifli dan Menteri Jabatan Kerjaraya, Sammy Vellu. Dialah dia dan tiada siapa boleh menggantikannya. Dia juga pernah menerbitkan lagu "Ta Ra Me Nas Tera Vour". Dengan alunan muzik gitar kapok serta suara serak2 katak itu, dialah dia.

Pada satu ketika dahulu, ketika Abang2 Besar mula menerima Protege, salah seorang kroni bernama A.Sh mendapat idea untuk meluaskan empayar. Dia memberi cadangan supaya berperang dengan kumpulan2 lain. Abang2 Besar bersetuju lalu bersama menerbitkan kumpulan tentera "Lunch Hour" (nama asal The Lanchowsz). Mereka yang terdiri seramai 6 orang: Prebet Protege, Prebet A.R.Ff, Korporal B.Di, Sarjan S.Lai, Liutenant A.Sh dan Komander Al pergi setelah menunaikan Solat Jumaat. Saya ada bersama sebagai penasihat (lebih tepat lagi penonton). Hanya Abang Besar Al sahaja yg bersama mereka. Perang bermula sebaik sahaja mereka sampai di situ. Pada waktu inilah berlaku kecelakaan antara Abang Besar Al dan Protege. Ketika Al ingin kehadapan, Protege yang masih mentah turut mengekori di belakang dan tidak sengaja (atau sengaja) melepaskan peluru ke Al. Peluru tersebut tersangkut di (tidak dapat dinyatakan kerana lucah) belakang Al. Protege menyesal atas perbuatan itu dan berjanji akan menebus kekalahan pada petang itu. Abang Besar Al tidak mengalami cedera parah. Baginya, luka itu boleh di ibaratkan sebagai segatan tebuan. Mereka kalah pada perang pertama .

Setelah menunaikan solat Asar, mereka bergerak ke medan perang dengan azam menebus kemaluan sebelum itu. Kali ini mereka agresif. Salah seorang askar, A.R.Ff telah menjumpai satu sudut yang amat strategik. Dia dengan tangkas menyerbu tempat itu sebelum diambil musuh. Saya ingat lagi, saya menyaksikan segala2nya. Prebet A.R.Ff berbalas tembakan dengan seorang askar musuh. Dia amat cekap dengan senapang. Baginya ia adalah seperti menyelamatkan nyawa si dia yang tercinta, tidak kisah jika terkorban. Askar musuh yang terakhir tumpas dan buat pertama kalinya, mereka menang. Kejayaan yang diberkati Allah.

Malam itu mereka berkhemah agak lama sebelum meneruskan kempen perang mereka. Setelah menunaikan solat maghrib, mereka berkejar ke medan perang kerana musuh sudah berkumpul. Mereka berperang dengan agresif malam itu. Dengan bantuan cahaya bulan, mereka menggunakan strategi yang sama: Prebet A.R.Ff mempertahankan sudut yang sama. Malangnya, musuh pada malam itu cekap. Ini kerana mereka adalah pasukan tentera elit yang cukup terkenal dengan pengalaman berperang dalam gelap. Setelah berbalas tembakan hampir 15 minit lamanya, hanya Abang Besar Al dan Sarjan S.Lai terselamat dan mereka meneruskan perang itu. Pada ketika ini, muncul semangat berani mati antara mereka berdua. Sarjan S.Lai sanggup menjadikan dirinya umpan. Dia menawarkan peluru kepada Abang Besar Al dan sedia untuk merampas bendera musuh. Pada ketika ini saya dapat lihat sinar matanya: wajah ibu tercinta, negara, wanita, kanak2 dan sahabat yang sudah terkorban di medan perang. Dalam kiraan 1,2,3, Sarjan S.Lai berlari ke tengah medan perang dan Abang Besar Al menembak ke arah musuh dengan harapan dapat memberi perlindungan kepada Sarjan S.Lai. Sarjan S.Lai capai bendera musuh dan berlari untuk menyelamatkannya. (Di sini saya ubah jalan cerita supaya sedap). Malangnya, nasib tidak menyebelahi, sebiji peluru hinggap di tubuh Sarjan S.Lai. Dia jatuh terkulai, tapi tangannya masih genggam erat panji perang pihak musuh. Abang Besar Al gegas berlari mendapatkannya. Pihak musuh berhenti menembak dan membenarkan mereka berduka atas nasib mereka. Abang Besar Al yang terselamat pulang bersama kami dengan perasaan bangga di dalam hati, walaupun ada rasa ketidak puasan sedikit, sebenarnya.

Pada malam itu, semangat mereka yang terkorban bersemadi sekali. Jasad mereka diterbangkan ke langit dijanjikan syurga yang aman. Merekalah wira yang sanggup menggadaikan nyawa demi maruah dan bangsa. "My friend, you would not tell with such high zest /To children ardent for some desperate glory, /The old Lie: Dulce et decorum est /Pro patria mori." (Wilfred Owen, 1893-1918).

7 comments so far

  1. 1 aRiFf ShAzWaN
    6:33 pm - 12-5-2006

    hahahaha….smart2…good luck exam weyh

  2. 2 Ibrahim
    6:34 pm - 12-5-2006

    Hahaha..pecah perut abg Him baca blog ni..another masterpiece by Abg Nas..

  3. 3 - harun -
    6:40 pm - 12-5-2006

    (nak mati ku baca blog ini sbb gelak)…ye, itulah Abg Him, org yg telah banyak berjasa dgn menubuhkan begitu banyak kugiran…yg paling lama ialah “the sHasHaZ”…salah seorang protege band ini ialah adik kpd seorang kroniah (kroni=laki , kroniah=perempuan) bernama Kak Sar…”dalam” tuh (hahaha…)…saya pun masih ingat lagi peperangan itu…masih ku ingat protege ku yg kali pertama mengangkat senjata utk berjuang tembak buntot Abg Al…sakit betul…nasib baik tak testis ku (haha..)..tp peperangan itu telah menjadi bukti bhw Abg2 Besar, kroni2 nya, dan juga protege2 nya tidak goyang akan apa jua tentangan yg diberi oleh musuh…

  4. 4 gadape john
    12:01 am - 12-6-2006

    hhhmmmmm….. HAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAH………………saya cukup hiba dengan perasaan menembak abg al. walaupun telah dimaafkan tetapi cukup sedih apabila telah menembak secara tak sengaja komander paling berani dimedan perang.

  5. 5 bOo D
    7:47 pm - 12-6-2006

    muahaha…pecah prot tol gelak..anas..wat bdasarkan cite lain plak..ble anta wat novel classic nih!!

  6. 6 fuza
    6:52 pm - 12-7-2006

    hahaha..annass korupt…smart gilerr..bgus2…hahahaha

  7. 7 -sEven-
    12:08 pm - 12-12-2006

    ahahahahahhaha..x leh blah a.k.a can’t go….sila publish citer nie…

Leave a Reply


XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Your Details

Your Comment