Jan 05

Runtuhnya Empayar Abang Besar: Bahagian 3

Pada hakikatnya kami semua sudah terlampau penat menuntut ilmu, didatangi pula beban yang paling hebat pernah kami alami ketika di Madrasah Telor: mendirikan taman tema Roller Coaster. Tugasan ini bukanlah mainan, tetapi suatu yang harus dilaksanakan untuk menentukan tempat melayakkan diri melajutkan ilmu.

Suatu petang di Kem Mamak, ketika aku sedang duduk menikmati hidangan yang tidak seberapa, aku dikejutkan dengan berita ini. Walaupun aku mengetahuinya sebelum ini, tetapi tidak sangka begitu cepat masa berlalu. Dengan serta-merta sesi pemilihan kumpulan dijalankan. Dikendalikan oleh saudara Zl.Fqa, aku tiada pilihan lain: Kumpulan A.R.Ff, M.Min, I.B.Him (ini disebabkan saudara Zl tidak agih2, dia pilih dia punyer jer)**. Dan bagi Abg. Besar Al, dia pun tiada pilihan lain, kumpulan yang majoritinya wanita. Maka inilah hasil keputusannya:

  • Kumpulan Panggilan Pulau: aku, A.R.Ff, M.Min, I.B.Him
  • Kumpulan Galactic Ride: A.Z.Mn, A.Rf, F.Risa, A.Sh
  • Kumpulan Shin Kan Sen: Zl.Fqa, F.Za, S.Lai, B.Di
  • Kumpulan Sky Loop: Al, Z.Yan, A.Nil, Ak.Ml

Pengagihan kumpulan ini boleh dikatakan agak menyerong sedikit, tetapi inilah hakikatnya. Ketidak adilan datangnya dari kumpulan Galactic Ride akibat gabungan A.Rf dan Drunken Maester, A.Z.Mn. Kerana taraf kemalasan dan intelektual mereka tinggi, mereka boleh mencapai apa sahaja kemahuan mereka, walaupun tidak beraksi sepenuhnya.

Maka, dari saat itu, bermulalah sebuah kisah pengembaraan, percintaan (??) dan penghayatan (!!??)…

1.

"Oh Kay, first kita kena cari pulau. Ingat, kos tak lebih dari 3 juta, sebab plus semua benda nanti jadi 5 million. So, spent wisely." Suasana meja makan kami jadi serius kerana penjelasan A.R.Ff sangat tegas. 5 juta, tak lebih, tak kurang. A.R.Ff juga inginkan pulau yang amat strategik terutama di luar kawasan Aktif Tektonik, demi mengelakkan bencana seperti gempa bumi dan tsunami. Pagi ini, seorang pakar Geologi, Dr. Farah memberi cadangan mencari di sekitar Carribean kerana kawasan itu memang tarikan pelancong terutama dari Amerika Utara. Katanya lagi, beliau sanggup membantu kami untuk peringkat akhir pembinaan Roller Coaster.

"Errm, kawasan ni memang sesuai, sangat sesuai. Bagai merpati dua sejoli, tapi tak sebulu." I.B.Him berada di atas pasir putih pantai Carribean. Dia sangat gemar berpuisi dan bergurau senda. Bagi kami, kehadiran dia dalam team kami amat di hargai. "Walaupun aku takleh sumbang apa-apa idea dalam pebinaan ni, aku boleh sumbang masa aku demi kamu semua, walaupun anak bini aku kelaparan di rumah". Mendengar ayat itu dari mulut dia bagaikan rahmat. Baru pagi ini dia kembali dari rumah mentuanya, dia sudah sedia meneruskan kerja walaupun masa itu terhad. "Tak apa, sistem KGB aku akan menyelamatkan rumah tangga aku, korang jangan risau lah".

"Weih, malam ni aku ikut kau sekali order barang tu semua. Jangan lupa call aku dulu. Kenapa aku nak ikut? Sebab nanti kau beli tak cukup. Aku ni akan mencukupkan apa tak cukup". Nasib baik ada M.Min dalam grup aku. Boleh dikatakan wingman A.R.Ff, sebab itulah dia ada dalam grup kami. Tenaga kerjanya amat penting. Ketekunan dia dalam menentukan rupa Roller Coaster kami di angkat tinggi. Mana-mana bahagian yang tidak betul atau tidak tepat mengikut kiraan dia baiki. "Jangan lupa call tau". Baiklah tuan.

"Esok kita jumpa lagi kat sini, waktu yang sama. Kita kena start cepat sebab grup lain dah start. Design hari tu kita tak boleh pakai lagi, so kita kena wat design baru. Maybe kita letak lagi 3 vertical loop dan 2 corkscrew. Tengoklah macam mana". Masa amat kritikal bagi A.R.Ff. Dia tak ingin siapkan benda ini bila masa makin suntuk. Jadi, bila ada masa sahaja dia akan ke sini untuk meneruskan pembinaan. Pekerja-pekerja lain amat respek dengan dia kerana dia berjaya menurunkan berat badan ketika bekerja. Dalam pada bekerja juga, dia juga ingin meneruskan kisah cintanya bersama wanita tersayang. Dia tak ingin hubungan terputus kerana bekerja, maka dia tidak putus-putus mengutus surat dari tempat kerja**.

Semalam aku mendapat panggilan dari pulau. Terdapat beberapa kesulitan yang bakal kami hadapi minggu hadapan memandangkan minggu cuti. A.R.Ff terpakasa balik ke rumah bonda dan M.MIn juga terpaksa kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Kerana rumah Him dekat dengan rumah aku, maka aku terpaksa mengambil dia dalam perjalanan ke pulau. Kami berdua terpaksa menyiapkan Roller Coaster tersebut sementara A.R.Ff dan M.Min berlakon berbuat baik depan ibu-bapa mereka**.

"Weih, aku pun turun sekali. Tunggu aku datang". Suara Al berkumandang di telefon Him. Perhimpunan Abg Besar di pulau. Kemalasan melanda diri kami petang itu. Roller Coaster yang boleh disiapkan terpaksa ditangguhkan. Kami jadi gila berpesta di pulau. Hanya dua ketika sahaja kami berhenti untuk menunaikan solat meminta pertolongan menyiapkan projek itu. Lagu System berkumandang di setiap ceruk pulau. Monyet-monyet* turut menari bersama. Memang havoc. Kami semua pulang pada malam itu dengan penyesalan di hati tidak berjaya menyiapkan Roller Coaster.

Di sebalik kemurungan kerja yang bertimbun, kami bertambah murung dan bersetuju menukar semula bentuk Roller Coaster. "Ah, ini memakan masa", bentak hatiku. Tetapi memandangkan usaha A.R.Ff dan yang lain-lain, aku terpasksa berusaha bersama-sama mereka. Di sini aku ingat kembali bagaimana kami memasang cerucuk ke dalam simen rel Roller Coaster dan mendirikan tiang sehingg memusnahkan bedrock pulau ketika hari pertama pembinaan. Lagi seminggu sahaja dateline projek berkakhir, kami menggunakan setiap masa dan tenaga yang ada. Kumpulan lain sudah siap, kumpulan kami juga sudah sampai peringkat terkakhir. Pada hari terakhir, Dr. Farah bersama-sama binatang peliharaannya turut sama mendekorasi Roller Coaster tersebut. Itulah satu-satunya hari dalam hidup aku di mana aku tidak tidur sepanjang hari beserta rakan-rakan yang lain.

Esok adalah hari penentuan, hari pertunjukan.

End of Part 1.

*Ahli tambahan 13A03, u know what I mean…

**Maaflah kalau menyinggung, aku memain jer weih!!!

6 comments so far

  1. 1 aRiFf ShAzWaN
    1:32 pm - 1-6-2007

    hahaha….biler nak kuar part 2?? xsabar seyh… nway thanks

  2. 2 Ambo oghe
    11:01 pm - 1-6-2007

    anas, berbakat btul ko.sedap jgk bace blog ko.rase mcm jogging dlm salji.

  3. 3 ANNAS
    6:45 am - 1-7-2007

    Bagus lah kalo camtuh, lepas ni kalo tak nak susah2 peluh2 joging, bole baca blog aku. hampess…

  4. 4 Ibrahim
    9:33 pm - 1-8-2007

    btl tu nas..projek itu byk menuntut pengorbanan dari kita sume..bagai helang mencakar langit..bagai cemara membelah petala..tak luak ditelan zaman..tak putus dibuai angin.Menangis menadah kasih..tersedu menelan duka..

    I.B Him

  5. 5 ANNAS
    12:14 pm - 1-9-2007

    Fuhh, penuh berkarya Abg Him dari aku, lirik lagu mana dia amik ntah….

  6. 6 Ibrahim
    5:48 pm - 1-9-2007

    opss tertinggal..terkentut di celahan pelangi..

    I.B Him

Leave a Reply


XHTML: You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Your Details

Your Comment