RUNTUHNYA EMPAYAR ABANG BESAR BAHAGIAN 5
Aku dah ketandusan idea. Hari demi hari, idea yang lain dari yang lain yang tidak sepatutnya digunakan dalam cerita ini hadir dalam minda aku apabila aku mengelamun dalam kelas.
Hari ini ia datang lagi. Aku nak guna idea ini. Cerita kreatif, tidak berapa kreatif jika ingin dibandingkan dengan karya-karya penulis agung. Semalam baru aku mencabut dua tiga idea ketika aku berada dalam kedai. A.R.Ff membeli bahan besi yang keras untuk karya agung dia. Idea lagi, kali ini lebih kreatif. Bagaimana ingin aku sambungkan cerita yang dimulakan dari seutas benang ini? Idea datang dan pergi, kali ini ia pergi tak kembali.
Pernah dua tiga minggu ini, pada masa lapang, aku duduk mencari cebisan-cebisan idea yang memang sukar untuk hadir dalam mimpi aku ini. Mimpi apa? Tentulah menyiapkan cerita roller coaster. Aku rasa, inilah satu-satunya jalan yang terbaik; tidak perlu aku menyambung benang yang putus, baik aku gunakan utas yang baru.
———————————————————————————-
"Kau tak nampak messy ke?" Huh? Messy engkau kata? Inilah karya agung!! Mana pernah orang buat cerita macam ini. Orang selalu nak jimat ruang, tapi kita lagi jimat masa. Tak perlu nak membetulkan semua untuk satu, kita boleh betulkan satu perkataan atau ayat sahaja untuk semua. Terpulang lah kepada sesiapa yang sudi untuk menyambung semua utas-utas benang ini untuk mencari punca kelemahan kita. Tetapi, inilah dia yang dinamakan agung!!
"Tapi memang hebat sebab kita tak perlu nak guna kayu-kayu yang panjang dan pendek untuk lengkapkan semua aturan jalan ini. Ada banyak juga kita punya loop jika dibandingkan dengan grup lain. Cuma tiang asas jer kita kener guna kayu. Dan paling menarik sekali, kita punya tapak asas, lembut. Bila-bila masa saja boleh tercabut." Itu tidak perlu engkau gentarkan, aku ada idea lagi baik. Asas yang tidak kukuh boleh kita kukuhkan kalau kita salut lagi dengan doa dan tawakkal. InshaAllah. Allah itu maha kaya dan pemurah. Tanpa dia, siapalah kita.
"Okey, so, bila nak belanja makan? Dah penat-penat kita semua bekerja. Macam?" Heh, tidak ingin aku lepaskan idea ulung ini, ingin aku bawanya ke mana-mana sahaja. Cerita aku gembira tidak terkata, penat lelah kita bersama. "Kita tangkap gambar dulu, lepas tuh kita gi makan Pizza Hut." Ya, gambar adalah satu-satunya bukti kekukuhan karya aku ini. Terima kasih F.Za. Engkaulah teman dikala aku susah menemui idea. Kawan-kawan, B.Di dan S.Lai, kamulah tenaga aku ketika aku dalam kepenatan. "Terima kasih" (Zul).
Nota pengarang (macam best jer bunyi):
Ada perubahan dalam cerita terutama kat awal2 citer, sebab aku memang dah takda idea nak sambung citer ni. ada pon idea untuk wat citer lain. so, there is a slight change of using the Strikethrough method.tapi tak apa, idea untuk final day memang aku ada, dan aku akan gunakan sebaik mungkin. POV dlm citer ini, ehehe, tak seperti apa aku tahu sbb aku mana leh baca mind orang. so aku hentam berdasarkan pengalaman aku sendiri. sekian. look forward to the adventure of dateen next time (aku idea fantasy merepek best untuk depa, serta Abang Al sekali).