April, 2007Archive

Apr 07

Cerita seram

Dah 2-3 hari aku tak boleh tidur dengan tenang. Setiap pukul 4 pagi aku terjaga. Ada benda datang kacau. kadang-kadang masuk telinga, kadang-kadang masuk hidung. Aku dah tak tahan. Bak kata orang, macam kena kacau hantu. Aku dah tak tahan. Dua benda tergantung kat tepi telinga aku memang merunsingkan. Pagi ni aku bangun, keputusan harus ada dalam tangan segera!.  The_last_shot_3

Aku jadi rungsing. Benda ni dah lama aku fikirkan. Aku rasa memang payah untuk dijelaskan. Aku fikir lagi sambil gosok gigi, sambil basuh muka, sambil membasahkan rambut. Aku duduk termenung, fikir sejauh dan sedalam yang mungkin. Kusut.

Aku melihat kembali wajahku dalam cermin. Heh, memang betul kata engkau. Manis wajah mu ya, tp aku sendiri rasa tidak. Akhirnya, datanglah keputusan yang paling "ultimate". Sesuatu harus dikorbankan, aku sendiri yang harus lakukannya.

Cerita sedih

Sahabat-sahabat sekalian, maafkanlah aku jika melakukan sesuatu yang agak menyedihkan kamu semua. Engkau tahu, betapa sabarnya aku mengalami pengalaman yang cukup getir ini. Aku memang dari dulu lagi telah fikirkan benda ini sedalam-dalam yang mungkin, dan banyak kali aku jumpa batas-batas yang menjadikan aku sabar. Semua demi kawan yang mengatakan aku sempurna degan wajah begitu, dan juga orang yang jauh di sana. Tiada lagi artis Hong Kong, tiada lagi Aladin, tiada lagi Jambu.

Mak, ayah, kakak-kakak dan kaum keluarga yang lain, minta maaf juga dari saya kerana tidak dapat melakukan apa yang dikehendaki. Saya tidak dapat membawa lagi beban ini. Saya harus tamatkan riwayatnya segera. Saya ada banyak lagi benda yang harus dilakukan, ini semua adalah untuk kebaikan saya juga.

Pagi April 7, 2007.

Di dalam kedai.

Penghancur: "So, what should we do with this?"

Aku (si rela): "make it short."

Penghancur: "How short?"

Aku: "Heh, real short."

Maka bermulah aksi korban, selama 20 minit aku duduk dengan sedikit pergerakan. "Bye-bye hair". Aku lihat "dia" jatuh, mendarat di atas lantai tanpa sebarang kesusahan. Berterusan. Di dalam cermin, aku sedang lihat wajah seorang lelaki yang sudah lama tidak ku temui. Perlahan-lahan dia muncul, membentuk kembali wajah riang itu. Heh, sudah lama kita tidak bertemu, aku kata kepada diriku.

Cuaca di luar kedai mendung sayu, seakan-akan tidak menyambut kepulangan jejaka ini. Apakan daya, alam pun turut bersedih. Aku turut bersimpati, tetapi gembira lebih menguasai diri ini.

Sesudah habis acara pengorbanan, aku keluar berjalan-jalan, mengambil udara segar yang sejuk itu. Aku tersenyum, memikirkan kembali hari-hari yang lepas. Hidup harus diteruskan. Aku masih aku, cuma yang dahulu muncul kembali.

Aku rasa lucu melihat reaksi orang ramai bila aku perkenalkan mereka dengan orang ini yang sudah lama tidak muncul. Mereka terpegun, kagum. Aku hanya sekadar tersenyum, memang berkesan aku fikir dalam hati aku. Di sini aku ingin reaksi dari kamu semua, bagaimana? Aku yakin yang telah lama mengenali aku tidak akan surprise, cuma terkilan sedikit. Apa-apa hal pun, terimalah dariku, wajah yang sudah lama tidak kita lihat.

New_guy_in_town_1

This is me then, just like few months ago.

Til then, have a nice day.