Feb 06

Salams brothers and sisters. It seems that I am no longer able to coninue the story of big brother and the family because aku pon (cross languages) nak tulis blog aku yang takda kaitan ngan adventure lah. Furthermore, It seems that I am stranded in the desert of idea and desert of life too, that it seems my days are ordinary day as ordinary human being that cause me to feel ordinary boring and tiring pathetic life. Don’t care about my feeling now people, I am okay. Just playing around with words. Hihihi.

I can’t wait til may, I can’t wait til may. I don’t care if my studies goes down or what. I don’t care if PET warning me again for second time, but I do care if my scholarship is ban. Again people, don’t take it seriously about my feeling.

I’ve been talking to my family these days. Thay use word that its hard to menahan sebak di dada, walaupon aku takda dada mantap. They, well, miss me alot, keep remembering me, just like I’m already (not going to say the word). Owh, people, I can’t wait til may. My birthday is on may, come and celebrate.

Will I able to meet you in may? Will u take the chance of your life to meet me? Yes people, I’m going to proceed to the next stage of my life, big leap, I hope. I’m getting old. My family, they will not be the same people I knew for 20 years. My nephew, my nieces, they’ll grow up, will I still in shape? how about my parents? Will they be there on the day of my marriage? This is all in the hand of Allah, only Him who decide those things in our life. Yeah, I wanna be with you!!!

Today, an idea came to me, after bro remind me again of the story. Maybe I should put this next time, but, hah, its funny lol.

Suatu ketika dahulu, sebelum semua family Abang Besar nak berpisah, ada buat jamuan makan-makan di di Piramid. Beginilah kisahnya apabila sudah siap berhias, Panglima Agung kacak bergaya, A.R.Ff namanya, turun beserta kaum kerabat yang lain untuk mengahadiri jamuan tersebut. Namun, pada ketika dia mencecah tanah yang tidak sebarapa lembut itu, kelibat seorang alim ulama menegurnya dari tepi, "Assalamualaikum". Orang alim itu janggutnya panjang, matanya tajam di sebalik kaca mata yang bertenggek kukuh atas batang hidungnya. A.R.Ff berhenti sejenak, menyambut kembali dengan sekali lafaz, "Walaikumsalam". Dengan tidak mahu panjang lebar lagi, orang alim itu bertanya, "Mahu ke mana?". Kelibat peluh memercik keluar setitik dari dahi A.R.Ff. Kemudian ia menari turun dan menitis atas lantai. Sebaliknya, Orang alim itu tidak berniat menghalang, tetapi lebih dari itu, dia menjemput untuk bersama-sama ke Masjid, beribadat lebih masa dengan tetamu jemputan dari luar negara. A.R.Ff yang sudah bermandi peluh tadi, akhirnya dapat mencari kembali nafas-nafas ketenangan yang sekaligus berupaya mengeringkan peluh-peluh yang giat berlari di dahinya. Begitulah al-kisahnya yang terjadi kepada A.R.Ff, dalam pada menyambut malam penuh memori, Allah bawa lagi memori yang mungkin, mungkin, mungkin tidak dapat dilupakan sehingga akhir hayat kami. Sekian

That’s all folk. Keep listening to Jazz. It is a sweet nice melody…

Jan 30

INTERLUDE TO THE ADVENTURE PART 2

1.

Baru dapat permainan baru. Permainan yang boleh menyemburkan sinaran merah tepat pada sasaran. A.R.Ff seronok. Setiap pelosok ruang realiti dan maya dia sinari dengan cahaya merah itu.

Datang idea bernas.

Mencapai langsir, menolaknya ke tepi, menghulur kepala di luar jendela, disasarnya ke bawah, tepat atas jalanraya.

B.Di pelik, lampu merah datang dari mana? Al toleh ke atas, Him mendongak, aku kabut.

Pekikan kuat, memaksa A.R.Ff henti bersoronok, tergelak. Dia tidak sedar.

Muncul lembaga-lembaga di setiap jendela dan pintu. Aku masih tersenyum, tidak menyedari. B.Di dan Al dan Him pun tersenyum, memikirkan perkara lawak: lembaga-lembaga ingat kami bergaduh!!!

Hahahaha….

2.

Him masih memicit butang telefon bimbit. Aku terkesima, terliur.

Him perasan, dia menghulur. Aku menyambut, tanpa toleh kiri kanan.

Him masih memicit butang telefon bimbit. Aku, gembira tak terkira.

Aku menghulur kembali. Him tidak menyambut, sekadar menoleh, matanya masih di skrin telefon bimbit.

Aku tersenyum, Him melihat dengan sepenuh hati. Tangannya sudah habis memicit.

Him terkesima; maggi lesap, tinggal kuah!!!

Hampeh…

3.

"Dilarang bermain gitar dalam Islam, haram. Benda-benda yang berunsurkan petikan tali adalah haram. Ingat" (A.Z.Mn, Cafe Taylors)

Minggu hadapan A.Z.Mn enak mendendangkan lagu Metallica dengan gitar baru kepada kami.

Huh…

4.

Siapakah gerangan yang sentiasa memesan memakan maggi tidak sihat dan tidak membantu dalam pembinaan otak?

Aku.

Sekian…

Reference:

1. arepp tangah gila meng"laser" lampu. Abis semua orang kluar ingat ada orang gaduh bila jerit kuat2. 2. ini kisah klasik ngan baim. 3. ini gila lawak, jeme. 4. itu sekadar peringatan.

Jan 19

RUNTUHNYA EMPAYAR ABANG BESAR BAHAGIAN 4

ni adalah karya terpendek sekali aku buat. thanks to my bro arepp giving me idea from his monologue blog.

A.Rf masuk dari pintu depan. Di kirinya dapur yang bersambung dengan kawasan membasuh. Di hadapannya wujud seorang hamba Allah yang sedang berhibur dengan gitar.

[aku ada rancangan tapi nak persetujuan dengan yang lain. si malas depan ni...].

Makhluk Allah yang sedang berhibur itu mendongak, melepasinya A.Rf yang sedang berhenti di hadapan pintu masuk kamar beradu. Makhluk Allah bernama A.Z.Mn itu tunduk seketika melihat lantai yang berhabuk.

[bila dateline? kalo aku suarakan pendapat aku mesti ramai taknak. tapi..]

Mata A.Rf dan A.Z.Mn bertembung. Gerak mata mereka menunjukkan persetujuan bersama.

Malam itu, mereka berkumpul bersama-sama dengan ahli lain: F.R.Sa dan A.Sh.

kita tempah jer lah. tak perlu makan masa kita semua.

berapa?

seorang bayar 90RM. tak apa aku aturkan semua. korang sabar jer. nanti bila dah hampir siap aku panggil kamu semua.

okay.

Pada malam sebelum pertunjukan A.Rf sibuk bagai nak gila. Semua berpuas hati pada hasilnya.

Esok hari penentuan, hari pertunjukan.

End of Part 2.

*For reference: dlm braket tu deep thought. nghe2. aku tak pasti jeme ada gitar time tu ker tak.

Jan 12

Pada cuti hari minggu yang lalu, aku menghadiri Satu Majlis akad nikah kawan pada kawan ku. Waktu tu aku bercuti dikampung dia.

Jadi bila ada kenduri macam tu dia pun pergi dan ajak aku sekali.

Aku pun ikut sama.

Masa tu majlis akad nikah tu dijalankan diruang tamu. Ramai orang aku tengok, sambil duduk bersila mengelilingi tok kadi dan pengantin lelaki.

Dahsyat, pengantin tu duduk atas bantal macam raja. Aku jarang tengok majlis macam nih.

Jadi masa bersila tu, aku pun mengesot sikit2 untuk dengar apa yang tok kadi akan tanya. Rupanya macam2 jugak tok kadi tanya. Tapi ada satu soalan yang menyebabkan aku malu besar?..

Tok kadi tanya pasal satu hari berapa kali kene sembahyang, dengan lajunye mamat pengantin tu jawab "lima".

Tok kadi tanya lagi, bagi contoh2 najis kecil, dia pun jawap kencing baby yang kecik2 lagi.

Tok kadi pun angguk ler, jadi aku rasa jawapan tu ok la kut.

Tok kadi tanya lagi contoh najis besar, mamat tu mula dah panik, jeling kiri, jeling kanan, mula tengok syiling, aku rasa macam nak tolong je mamat pengantin tu? bukannye susah, jawapannya anjing ngan babi je,..tapi mamat tu dah mula berpeluk jantan keluar kat dahi?.tok kadi mula senyum?

Aku sebut dalam hati moga2 dia dengar ‘anjing ngan babi la hoi’, tapi rupanya aku cakap dalam hati dia tak dengar.

Aku tak tahu apa yang jadi selepas itu, kerana majlis tu jadi kecoh kerana ramai orang yang berada disekeliling majlis tu sambil minum air sirap, tersembur keluar minuman tu terkena baju ramai orang, aku pun sama, masa tu aku tengah minum sirap tu, tiba2 aku semburkan balik, dah kene member kat tepi2, kecoh jadinya, aku pegang mata aku, penuh dengan air mata.

Yang aku ingat masa tok kadi tanya tentang contoh najis besar kat pengantin tu keadaan senyap sunyi?.

Tapi bila pengantin tu jawap "Taik Gajah" suasana jadi hingar bingar dengan gelak ketawa orang yang dah tak boleh tahan, nak control macamana ?taik gajah? besar betul..nak2 bila gajah makan durian.

From my sister. Good stuff

Jan 05

Runtuhnya Empayar Abang Besar: Bahagian 3

Pada hakikatnya kami semua sudah terlampau penat menuntut ilmu, didatangi pula beban yang paling hebat pernah kami alami ketika di Madrasah Telor: mendirikan taman tema Roller Coaster. Tugasan ini bukanlah mainan, tetapi suatu yang harus dilaksanakan untuk menentukan tempat melayakkan diri melajutkan ilmu.

Suatu petang di Kem Mamak, ketika aku sedang duduk menikmati hidangan yang tidak seberapa, aku dikejutkan dengan berita ini. Walaupun aku mengetahuinya sebelum ini, tetapi tidak sangka begitu cepat masa berlalu. Dengan serta-merta sesi pemilihan kumpulan dijalankan. Dikendalikan oleh saudara Zl.Fqa, aku tiada pilihan lain: Kumpulan A.R.Ff, M.Min, I.B.Him (ini disebabkan saudara Zl tidak agih2, dia pilih dia punyer jer)**. Dan bagi Abg. Besar Al, dia pun tiada pilihan lain, kumpulan yang majoritinya wanita. Maka inilah hasil keputusannya:

  • Kumpulan Panggilan Pulau: aku, A.R.Ff, M.Min, I.B.Him
  • Kumpulan Galactic Ride: A.Z.Mn, A.Rf, F.Risa, A.Sh
  • Kumpulan Shin Kan Sen: Zl.Fqa, F.Za, S.Lai, B.Di
  • Kumpulan Sky Loop: Al, Z.Yan, A.Nil, Ak.Ml

Pengagihan kumpulan ini boleh dikatakan agak menyerong sedikit, tetapi inilah hakikatnya. Ketidak adilan datangnya dari kumpulan Galactic Ride akibat gabungan A.Rf dan Drunken Maester, A.Z.Mn. Kerana taraf kemalasan dan intelektual mereka tinggi, mereka boleh mencapai apa sahaja kemahuan mereka, walaupun tidak beraksi sepenuhnya.

Maka, dari saat itu, bermulalah sebuah kisah pengembaraan, percintaan (??) dan penghayatan (!!??)…

1.

"Oh Kay, first kita kena cari pulau. Ingat, kos tak lebih dari 3 juta, sebab plus semua benda nanti jadi 5 million. So, spent wisely." Suasana meja makan kami jadi serius kerana penjelasan A.R.Ff sangat tegas. 5 juta, tak lebih, tak kurang. A.R.Ff juga inginkan pulau yang amat strategik terutama di luar kawasan Aktif Tektonik, demi mengelakkan bencana seperti gempa bumi dan tsunami. Pagi ini, seorang pakar Geologi, Dr. Farah memberi cadangan mencari di sekitar Carribean kerana kawasan itu memang tarikan pelancong terutama dari Amerika Utara. Katanya lagi, beliau sanggup membantu kami untuk peringkat akhir pembinaan Roller Coaster.

"Errm, kawasan ni memang sesuai, sangat sesuai. Bagai merpati dua sejoli, tapi tak sebulu." I.B.Him berada di atas pasir putih pantai Carribean. Dia sangat gemar berpuisi dan bergurau senda. Bagi kami, kehadiran dia dalam team kami amat di hargai. "Walaupun aku takleh sumbang apa-apa idea dalam pebinaan ni, aku boleh sumbang masa aku demi kamu semua, walaupun anak bini aku kelaparan di rumah". Mendengar ayat itu dari mulut dia bagaikan rahmat. Baru pagi ini dia kembali dari rumah mentuanya, dia sudah sedia meneruskan kerja walaupun masa itu terhad. "Tak apa, sistem KGB aku akan menyelamatkan rumah tangga aku, korang jangan risau lah".

"Weih, malam ni aku ikut kau sekali order barang tu semua. Jangan lupa call aku dulu. Kenapa aku nak ikut? Sebab nanti kau beli tak cukup. Aku ni akan mencukupkan apa tak cukup". Nasib baik ada M.Min dalam grup aku. Boleh dikatakan wingman A.R.Ff, sebab itulah dia ada dalam grup kami. Tenaga kerjanya amat penting. Ketekunan dia dalam menentukan rupa Roller Coaster kami di angkat tinggi. Mana-mana bahagian yang tidak betul atau tidak tepat mengikut kiraan dia baiki. "Jangan lupa call tau". Baiklah tuan.

"Esok kita jumpa lagi kat sini, waktu yang sama. Kita kena start cepat sebab grup lain dah start. Design hari tu kita tak boleh pakai lagi, so kita kena wat design baru. Maybe kita letak lagi 3 vertical loop dan 2 corkscrew. Tengoklah macam mana". Masa amat kritikal bagi A.R.Ff. Dia tak ingin siapkan benda ini bila masa makin suntuk. Jadi, bila ada masa sahaja dia akan ke sini untuk meneruskan pembinaan. Pekerja-pekerja lain amat respek dengan dia kerana dia berjaya menurunkan berat badan ketika bekerja. Dalam pada bekerja juga, dia juga ingin meneruskan kisah cintanya bersama wanita tersayang. Dia tak ingin hubungan terputus kerana bekerja, maka dia tidak putus-putus mengutus surat dari tempat kerja**.

Semalam aku mendapat panggilan dari pulau. Terdapat beberapa kesulitan yang bakal kami hadapi minggu hadapan memandangkan minggu cuti. A.R.Ff terpakasa balik ke rumah bonda dan M.MIn juga terpaksa kembali ke pangkuan keluarga tercinta. Kerana rumah Him dekat dengan rumah aku, maka aku terpaksa mengambil dia dalam perjalanan ke pulau. Kami berdua terpaksa menyiapkan Roller Coaster tersebut sementara A.R.Ff dan M.Min berlakon berbuat baik depan ibu-bapa mereka**.

"Weih, aku pun turun sekali. Tunggu aku datang". Suara Al berkumandang di telefon Him. Perhimpunan Abg Besar di pulau. Kemalasan melanda diri kami petang itu. Roller Coaster yang boleh disiapkan terpaksa ditangguhkan. Kami jadi gila berpesta di pulau. Hanya dua ketika sahaja kami berhenti untuk menunaikan solat meminta pertolongan menyiapkan projek itu. Lagu System berkumandang di setiap ceruk pulau. Monyet-monyet* turut menari bersama. Memang havoc. Kami semua pulang pada malam itu dengan penyesalan di hati tidak berjaya menyiapkan Roller Coaster.

Di sebalik kemurungan kerja yang bertimbun, kami bertambah murung dan bersetuju menukar semula bentuk Roller Coaster. "Ah, ini memakan masa", bentak hatiku. Tetapi memandangkan usaha A.R.Ff dan yang lain-lain, aku terpasksa berusaha bersama-sama mereka. Di sini aku ingat kembali bagaimana kami memasang cerucuk ke dalam simen rel Roller Coaster dan mendirikan tiang sehingg memusnahkan bedrock pulau ketika hari pertama pembinaan. Lagi seminggu sahaja dateline projek berkakhir, kami menggunakan setiap masa dan tenaga yang ada. Kumpulan lain sudah siap, kumpulan kami juga sudah sampai peringkat terkakhir. Pada hari terakhir, Dr. Farah bersama-sama binatang peliharaannya turut sama mendekorasi Roller Coaster tersebut. Itulah satu-satunya hari dalam hidup aku di mana aku tidak tidur sepanjang hari beserta rakan-rakan yang lain.

Esok adalah hari penentuan, hari pertunjukan.

End of Part 1.

*Ahli tambahan 13A03, u know what I mean…

**Maaflah kalau menyinggung, aku memain jer weih!!!